Jabatan Penerbangan Awam ( Department of Civil Aviation (DCA))


Jabatan Penerbangan Awam ( Department of Civil Aviation (DCA))









Jabatan Penerbangan Awam Malaysia(DCA) merupakan satu agensi kerajaan Malaysia. Ibu pejabatnya terletak di Putrajaya. Jabatan Penerbangan Awam Malaysia(DCA) terletak di Lapangan Terbang Kuala Lumpur ( KLIA) di Sepang, Selangor. Jabatan ini sebuah jabatan yang terletak di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) yang mengurus hal ehwal industri penerbangan awam negara.
 
Tanggungjawab agensi ini menyediakan kawalan trafik udara yang sistematik kepada semua negara yang ingin memasuki ke negara ini melalui jalan udara. Setiap laluan ruang udara di Malaysia dibawah kawalan jabatan ini. Jabatan Penerbangan Awam (DCA) KLIA yang menentukan pergerakkan setiap pesawat antarabangsa yang ingin keluar dan masuk melalui ruang udara di negara ini.


Maklumat Korporat DCA
1 Bahagian Keselamatan Lapangan Terbang & Penerbangan ( Aviation Security )
2  Sektor Pengurusan Trafik Udara
3  Sektor Operasi Penerbangan ( Flight Operation )
4  Bahagian Inspektorat Trafik Udara ( Air Traffic Inspectorate ) 
5 Pejabat Undang - Undang ( Legal Advisor )
6 Bahagian Khidmat Pengurusan ( Management Services )
       - Sumber Manusia & Pentadbiran Am
            - Pembangunan Kerjaya 
            - Penilaian Kompetensi
            - Perkhidmatan dan Pentadbiran
            - Unit Pengurusan Maklumat
            - Unit HRMIS
            - Unit Kaunseling
      - Bahagian Kewangan
            - Unit Kontrak
            - Unit Perolehan
            - Unit Akaun
            - Unit Kewangan 
      - Unit Teknologi Maklumat  
      - Bahagian Pembangunan 
7 Sektor Airworthiness
8 Bahagian Piawaian Lapangan Terbang ( Airport Standards )
9 Bahagian Pengangkutan Udara ( Air Transports )
10 Akademi Penerbangan Malaysia ( Malaysia Aviation Academy )   


UNIT TEKNOLOGI MAKLUMAT

Unit Teknologi Maklumat menyelenggara dan memantau pelaksanaan aplikasi sistem dan mengurus sumber IT, termasuk perkakasan, perisian dan kemampuan rangkaian. Unit ini membantu menyelaraskan dan melaksanakan inisiatif e-Kerajaan di peringkat jabatan. Ia juga menyelia dan memantau keselamatan ICT di DCA, termasuk keselamatan fizikal, keselamatan rangkaian dan makmal komputer, serta memberitahu pengguna DCA tentang isu teknikal IT. 

Tugasan Unit Teknologi Maklumat
  • Menyedia dan menyelaras infrastruktur perkakasan dan perisian komputer supaya berada dalam keadaan baik dan memenuhi keperluan pelanggan.
  • Mempastikan maklumat dalam pangkalan data adalah terpelihara dan terjamin keselamatannya.
  • Mengambil tindakan bagi kerosakan komputer dalam tempoh dua (2) hari bagi kerosakan Minor dan tujuh (7) hari bagi kerosakan Major.
  • Mengemaskini Laman Web setiap bulan.
  • Bersikap terbuka menerima cadangan dan teguran pengguna.